Wednesday, November 28, 2012

Story Board 1

 
 
 
 
 
 
 
SESI PENGAJIAN :
SEMESTER 2 (AMBILAN FEBRUARI 2012)
PROGRAM :
PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU
KOD :
KPD 3026
KURSUS :
BAHASA INGGERIS/ BAHASA MELAYU/PENDIDIKAN SENI VISUAL
NAMA PELAJAR :
NO KAD PENGENALAN :
NO MATRIK :
H'NG PENG SIEW (BAHASA INGGERIS)
CHAN HONG YAN (PENDIDIKANSENIVISUAL)
HWANG SOCK TSU (PENDIDIKAN SENI VISUAL)
SUN PING CHEAK (PENDIDIKAN SENI VISUAL) 
TAN SEOW LING (BAHASA MELAYU )
650929-71-5203
731010-02-5068
720621-07-5132
840430-02-5278
790226-02-5104
PPG/21621/12
PPG/21550/12
PPG/21623/12
PPG/23177/12
PPG/21983/12
TUGASAN :
PROJEK BERKUMPULAN ( 50% MARKAH )
TAJUK
EMBED VIDEO P&P ATAS TALIAN
NAMA PENSYARAH :
Dr. Salmiza bt. Saleh
TARIKH HANTAR :
1 Disember 2012
MARKAH :
 
  
DEKLARASI PELAJAR :

“ Saya yang bertandatangan di bawah ini, menyatakan dengan sebenarnya bahawa hasil tugasan ini merupakan hasil kerja saya yang asli, bukannya hasil pengambil alihan data, tulisan atau fikiran orang lain yang saya akui sebagai hasil saya sendiri. Apabila terbukti hasil tugasan ini merupakan hasil ciplakan, maka saya sedia menerima sebarang hukuman terhadap perbuatan tersebut.”
 


 
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN DUNIA SENI VISUAL TAHUN 4

Mata Pelajaran: Dunia Seni Visual
 
Kelas: 4 Baiduri
 
Masa: 10:30-11:30 pagi
 
Bilangan Murid: 32 orang
 
Bidang Pelajaran: Mengenal Kraf Tradisional
 
Aktiviti: Mengukur, menggunting, dan  menganyam kertas warna.
 
Tajuk: Membuat Anyaman Siku Keluang
 
Objektif Pembelajaran: Pada akhir pelajaran,murid dapat :
 
1.      Mengetahui dan mengenal motif anyaman siku keluang.
 
2.      Mempertingkatkan kemahiran mereka cipta secara kreatif dalam penghasilan anyaman siku keluang.
 
3.      Membuat ukuran dengan tepat.
 
4.      Menggunting kertas warna dengan cara yang betul.
 
5.      Menghasilkan anyaman siku keluang daripada kertas warna dan bingkai anyaman siku keluang dengan kad tebal.
 
Hasil Pembelajaran: Di akhir sesi pembelajaran ini, murid dapat :
 
Aras 1 : i.  Menggunakan elemen Asas Seni Reka, bahan, dan proses yang sesuai dalam penghasilan kraf mudah.
 
Aras 2 : i. Mengenal pelbagai bahan gantian serta sifatnya dalam proses membuat
kraf mudah.
 
Aras 3 : i. Mengaplikasi Asas Seni Reka dalam penghasilan anyaman siku
Keluang dan bingkai gambar dengan menggunakan bahan gantian.
 
Pengetahuan: Murid telah mempelajari teknik asas menghasilkan anyaman kelarai.  
sedia ada              
 
Nilai Murni: Sabar,berhati-hati,berdisplin,daya usaha,menghargai kraf tradisional,dan
berrkeyakinan.
Penerapan Nilai Kercerdasan Pelbagai: Intrapersonal,Interpersonal,Verbal-linguistik, kinestetik dan logik matematik 
 
Pengabungajalin Mata Pelajaran : Pendidikan Moral, Matematik

Kemahiran Berfikir: Menyenaraikan bahan, fungsi anyaman, membuat urutan langkah

Kritis dan Kreatif : Anyaman.
Bahan,Peralatan  dan Bahan Sumber : Laptop, LCD, kertas warna, kad tebal, glu, pembaris, pensel, gunting, dan Bahan Sumber pisau grafik, HSP,Buku Sumber Guru Pendidikan Seni KBSR, dan Maklumat Internet blogger http://www.storyboardhwangst.blogspot.com
Langkah berjaga-jaga : Mengutamakan keselamatan diri semasa menggunakan gunting dan pisau grafik.
 
Teori Kecerdasan Pelbagai : Konstruktivisme,BCB,Masteri, kontekstual dan Kajian Masa Depan.

Prosedur :                    
1.Guru menentukan aras pembelajaran dalam P & P.

2.Guru perlu merancang strategi pengajaran dengan menerapka kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif, Teori Kecerdasan Pelbagai,Belajar Cara Belajar dan Kajian Masa Depa

3. Guru memulakan pelajaran dengan menunjukkan contoh-contoh anyaman d an sesi soal jawab.

4. Tunjuk cara membuat anyaman siku keluang dengan  melayari blogger http://www.storyboardhwangst.blogspot.com     

5. Murid membuat anyaman siku keluang dengan bimbingan guru.

6. Murid membuat bingkai untuk  hasilan anyaman siku keluang dan mempamerkannya.
7. Sesi Apresiasi dan Refleksi

FASA
ISI KANDUNGAN
AKTIVITI  PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
NOTA
 
Set
Induksi
 
5 minit
 
Menarik perhatian murid dengan contoh-contoh anyaman.
 
Guru menunjukkan contoh-contoh anyaman dalam dimensi baru. Contoh seperti tudung saji, beg tangan,beg duit, tikar,dan lapik duduk dengan menayang ‘ Power point Slide’
 
 





 Murid membuat pemerhatian terhadap hasilan kraf tangan  anyaman.
 
 Guru bersoal tentang kraf tradisional anyaman seperti fungsi, kegunaan dan bahan.
 
 Murid memberi respon dengan menyatakan fungsi anyaman masa kini dan masa akan datang.
 
Aras 1
Murid memahami fungsi anyaman masa kini dan masa akan datang. 
 
Kajian Masa Depan
 
Teori Kecerdasan Pelbagai.
 
Intrapersonal
Verbal Linguistik.
 
Unsur Patriotisme
 
Menghargai Kraf Tradisional.
 
ABM:
LCD / Laptop
 
Menstruktur semula
 
 
 
 
5 minit
 
Pengenalan tentang anyaman.
 
 
 
 
 
 
Guru menunjukkan contoh-contoh gambar anyaman melalui
 “Power Point Slide”
 
 
Guru mengutarakan persoalan tentang contoh-contoh anyaman.
 
Aras 1
 
Murid mengenal, menamakan, dan memahami bahasa seni visual yang ada
pada anyaman.
                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                               
 
Teori Kecerdasan Pelbagai
 
Interpersonal
Linguistik
 
KBKK-Kritis 
Mengumpul dan mengelas
 
ABM/BBM
Laptop dan LCD
 
 
 
Aplikasi Idea
 
45 minit
 
Menyediakan bahan dan alatan untuk menganyam.
 
 
 
 
 
 
 

 









Mengukur dan melukis garisan pada jalur sisip anyaman dan tapak anyaman.








menggunting jalur sisip dan tapak anyaman.
 
 
 





Menghasilkan anyaman siku keluang dengan kaedah dan teknik yang betul










 










 
 
 

 
















































Mengukur dan memotong kad tebal untuk membuat bingkai hasilan anyaman siku keluang yang telah siap.



Menghias binkai anyaman
 
Guru menunjukkan bahan dan alatan yang diperlukan untuk aktiviti menganyam.  

Murid menyediakan bahan dan alatan sebelum memulakan aktiviti anyaman.
 
Guru menunjukkan cara dan langkah-langkah  mengukur dan menggunting jalur sisip
serta tapak anyaman dengan melayari internet alamat blog http://www.storyboardhwangst.blogspot.com
 

 
Aras 2
Murid mengukur dan melukis garisan pada jalur sisip anyaman dan tapak anyaman dengan betul.
Guru membimbing murid menggunting garisan tapak anyaman dan jalur sisip anyaman mengikut urutan
dengan Storyboard anyaman siku keluang http://www.storyboardhwangst.blogspot.com  
 
 
 





Guru menayangkan video 1 dari blog http://www.storyboardhwangst.blogspot.com untuk menunjukkan  
cara-cara mengukur dan menggunting jalur sisip dan tapak anyaman.
 
 
Guru menunjukkan langkah-langkah  menghasilkan ayaman siku keluang  dengan melayari
Video 2
 
 




 Guru menunjukkan contoh anyaman siku keluang yang telah siap dianyam.
 
 
Aras 3
Murid menjalankan proses  menyisip jalur sisip anyaman ke tapak anyaman.
 
Guru memantau sambil membimbing   murid menyiapkan anyaman siku keluang.
 
Guru menunjukkan langkah-langkah  menghasilkan bingkai anyaman siku keluang 
dengan melayari internet alamat blog http://www.storyboardhwangst.blogspot.com 
Video 2
 
 

Murid mengukur dan memotong kad tebal dengan cara betul untuk membuat
bingkai hasilan anyaman siku keluang yang telah siap.
 
Murid menghiaskan anyaman siku keluang mengikut kreativiti masing-masing.
 
 
Teori Kecerdasan Pelbagai
 
Logik Matematik
 
KBKK-kritis
 
Membuat urutan langkah menganyam
 
Pem.Masteri
Pemulihan
Pengayaan
 
Konstraktivisme
 
BCB
 
Kontekstual
 
Nilai Murni
 
Berhati-hati
Berdisplin, Berkeyakinan.
 
ABM/BBM
 
Laptop,LCD kertas warna,
Kad tebal, glu, pembaris, pensel, gunting dan pisau grafik.
 
 
 
Refleksi/
Penutup
 
5 minit
 
Mempamerkan hasil kerja
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Guru mempamerkan hasil kerja murid.



Murid menyatakan kegunaan tentang anyaman dalam dimensi baru.
 
 
Kajian Masa Depan
 
 
 
Teori Kecerdasan  Pelbagai
 
Intrapersonal
Interpersonal
Verbal linguistik
 
 
 
 
 
 
 
 
Story Board – Anyaman Siku Keluang



                  Langkah 1
 


Langkah 2
 

 


Sediakan bahan- bahan dan alatan sebelum memulakan aktiviti anyaman siku keluang.

Bahan- bahan dan alatan yang diperlukan adalah seperti berikut:
kertas warna, kad tebal, glu, pembaris, pensel, gunting, dan pisau grafik.


Gunakan pembaris untuk mengukur jalur sisip anyaman (1cm)dengan membuat garisan dengan pensel. Ulang langkah ini untuk kertas warna hitam sebagai tapak anyaman.




 


Langkah 3
 


Langkah 4


 


Lipatkan tapak anyaman yang telah siap dengan garisan secara simetri supaya senang digunting. Kemudian gunakan gunting untuk menggunting garisan yang telah dilukis.


Gunting jalur sisip anyaman menggunakan gunting dengan kemas.
 


Langkah 5
 

Langkah 6


 


Buka tapak anyaman yang telah siap digunting.Hamparkan dan letakkannya di atas meja dengan rata. Sekarang ia sedia untuk digunakan.






Hasilkan anyaman siku keluang dengan menyisip jalur sisip anyaman ke tapak anyaman.

Setiap jalur sisip anyaman mesti dibuat dengan susunan yang kemas dan rapi supaya hasilan anyaman kelihatan cantik, kemas, dan menarik.



Langkah 7
 

Langkah 8


 


Setelah menyisipkan jalur sisip anyaman ke tapak anyaman ,pastikan tiada kesilapan. Langkah seterusnya, lekatkan hujung jalur sisip anyaman pada tapak anyaman supaya ia tidak terlonggar.


Anyaman siku keluang telah siap.




Langkah 9
 
Langkah 10
 

Buat ukuran pada kad tebal (saiz sama dengan tapak anyaman)dengan pembaris untuk dijadikan bingkai hasilan anyaman siku keluang.

Ukuran pada kad tebal mestilah tepat dengan hasilan anyaman yang telah siap.


Gunakan pisau grafik untuk memotong bahagian dalam kad tebal tersebut dengan teliti. Perhatian keselamatan penggunaan pisau grafik harus diutamakan.



Langkah 11
 
Langkah 12
 


Setelah memotong bentuk empat segi pada bahagian dalam kad tebal tersebut, keluarkan kad di bahagian tengah, bingkai tersebut sudah terhasil.

Gunakan pisau grafik dan pembaris untuk memotong garisan di atas permukaan bingkai dijadikan corak supaya bingkai tersebut lebih menarik.




Langkah 13
 

Langkah 14
 


Keluarkan satu lapisan kertas pada kad tebal yang telah dipotong untuk dijadikan corak jalur yang lebih menarik pada permukaan bingkai.


Bingkai anyaman telah dihasilkan.



Langkah 15
 
Langkah 16
 

Hiaskan hasil anyaman siku keluang dengan bingkai. Kenalpastikan kedudukan hasilan anyaman itu seimbang sebelum melekatkan bingkai di atas hasilan anyaman siku keluang.


Anyaman siku keluang yang telah siap dibingkai sekarang boleh dipamerkan.




 VIDEO YANG MENUNJUKKAN CARA-CARA
MENGHASILKAN ANYAMAN SIKU KELUANG
 
VIDEO 1
 
 


 (Sila tekan "Older Post" untuk sambung ke Video 2)